Monday, August 10, 2009

Melayu – Islam - Akitek

MELAYU…..pada bahasanya membawa maksud LARI dalam bahasa jawa…pada umumnya satu bangsa yang menghuni tanah semenanjung hampir 1000 tahun….melayu kah melayu sekarang? Atau melayu hanya merujuk kepada nama atau mewakili satu parti mahupun satu fahaman atau agama…

Sejarah melayu bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, beliau telah membunuh Temagi di Temasik dan kemudian lari ke Bertam. Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Serba sedikit sejarah melayu yang kita memang ketahui…tapi logik kah seekor kancil yang kecil dapat menendang seekor anjing buruan yang besar?

Saya pernah membaca jurnal kajian seorang sahabat yang tidak dapat diterbitkan dengan alasan takut mengganggu fakta sejarah dan hanya menjadi simpanan walaupun sampai ke china asal-usul melayu dikajinya. Menurut penulisan beliau asalnya melayu dari bangsa pinggiran pantai dari negara china. Mereka datang berhijrah dan menghuni tanah melayu ini awal dari Pemunuh Temagi. Penduduk asal ini masih mengguni di Grik Perak dan dikatakan gelombang pertama bangsa ke tanah melayu. Kita yang ada sekarang entah keberapa gelombang pun tak tahu…

Wajarkah kita mengatakan kita bangsa pertama disini..kita tidak jauh beza dengan bangsa Amerika dan Australia yang menidakkan ketuanan bangsa asli negara-negara terbabit. Bezanya kita tiada pertumpahan darah.

Melayu kah kita sedangkan kalau dilihat disekeliling anak-anak melayu, cina dan bangsa lain kelihatan serupa? Pakaian…percakapan…tingkahlaku….masih melayukah kita? Pusat dan lurah-lurah mudah dilihat…tak payah pi jauh.. di QueensBay contohnya. Mudah sangat…betul tak?

Kita sekarang kononnya hendak mengembalikan akitektur melayu dalam penghasilan projek-projek. Tapi melayukan akitektur itu? Sedangkan akitek yang banyak mematikan senibina melayu itu. Bolehkan ‘design’ melayu itu digunakan dengan adanya UBBL. Rang undang-undang binaan penjajah yang masih digunapakai sehingga kini membantutkan pemuliharaan senibina melayu.

Pada masa kini telah mula diterapkan aspek keislaman dalam rekabentuk yang dihasilkan. Sebagai contohnya orentasi kiblat diambilkira, kedudukan tandas, rekabentuk bangunan bercirikan islam sebagaimana dapat dilihat dikebanyakan bangunan kerajaan. Islam telah mula diletakkan sebagai asas rekabentuk. Tetapi adakah islam betul-betul digunakan sepanjang satu-satu proses pembangunan dijalankan. Rasuah berleluasa, saling cantas-mencantas untuk mendapatkan projek. Islamkah melayu?

Akitek merupakan satu alat bagi sesebuah negara. Akitek dijadikan sebagai alat untuk meletakkan satu negara pada satu tahap dari pelbagai aspek. Dengan binaan-binaan yang dibina Malaysia mula dikenali. Sebagi contohnya menara berkembar Petronas, Putrajaya, binaan stadium-stadium untuk komanwel dan sebagainya. Akitek juga merupakan penentu hala tuju sosial masyarakat dengan binaan-binaannya malahan sebagai alat yang digunakan untuk mengasing-asingkan taraf dan kedudukan masyarakat.

Sebagai kesimpulan akiteklah yang merubah sesuatu sejarah, ekonomi, sosial dan negara.

Monday, August 3, 2009

sembang akitek

Malaysia dikenali sebagai nagara berbilang bangsa dan agama. Bermula dari kedatangan Parameswara ke Melaka selepas pembunuhan Temagi di Temasik, Tanah Melayu mula didatangi oleh pelbagai bangsa dan agama dengan pelbagai tujuan. Antaranya bangsa Arab, Cina, India dan seterusnya kedatangan Portugis yang membawa kepada kejatuhan Melaka pada 1511 telah membawa misi mereka sendiri.

Selepas kejatuhan Portugis membawa kedatangan Inggeris dan seterusnya kedantangan Jepun pada tahun 1942. Malaya dikejutkan sekali lagi dengan kebangkitan Parti Komunis Malaya ( PKM ) dan bermulanya episod perpaduan dan pembahagian kaum di Malaya ketika itu. Isu kaum dan bangsa di Malaysia sudah lama diperkatakan dan mutakhir ini, ia menjadi bicara kata, bunga bahasa dan topik perbincangan juga bualan kosong baik bagi ahli politik, pengarang/wartawan media massa, organisasi-organisasi sama bersangkut paut dengan kerajaan, parti politik ataupun yang bergerak bebas dan bualan kosong di kedai kopi.

Sesudah 51 tahun mengecapi kemerdekaan dari British, kita masih lagi dihantui dengan isu-isu perkauman ini dan ketika ini, setiap usaha dan cadangan untuk menyatukan kita semua dibawah satu payung bangsa akan berdepan tentangan dari golongan-golongan tertentu yang ingin mempertahankan kedudukan mereka baik dari segi ekonomi mahupun politik.

Selepas setengah abad merdeka, kita juga masih lagi memandang perbezaan antara kita sebagai satu sebab untuk kita tidak mengambil tahu dan mengenali antara satu sama lain. Kita lebih senang bergaul dan bersosial dengan rakan-rakan yang serumpun dengan kita dan dalam pada masa yang sama kita bersikap apathy (tidak mengambil tahu) tentang isu-isu yang dihadapi oleh warganegara yang tidak sebangsa dengan kita - termasuklah penulis sendiri. Seringkali berlaku sesuatu perkara, seperti senario ini, ketika memandu di jalan raya, sesuatu perkara yang kita tidak suka berlaku, katalah sebuah kereta tiba-tiba sebuah kereta memotong dengan kurang ajarnya di hadapan kita, dan perkara pertama yang kita buat ialah melihat perbezaan antara kita dan dia. "Owh, Cina..patutlah...". ataupun sebuah kereta memandu secara perlahan di hadapan kita selepas kita memotongnya, "Patutla slow, perempuan drive". Kita begitu cepat untuk membuat keputusan dengan melihat kepada perbezaan-perbezaan ini. Ini adalah realiti dan kita semua pasti pernah melalui dan mengalami senario ini. Kita jarang untuk melihat sesuatu perkara itu dari perspektif yang lebih luas.

Perbezaan sosial-ekonomi ini ditambah lagi dengan cara rekabentuk dan susunatur pembinaan dan pembangunan. Perbezaan sosiol-ekonomi ini berlaku akibat para-para jurubina yang kurang mengambil kira isu-isu semasa. Disamping undang-undang bangunan yang dipakai masih bersifat kolonial penjajah.

Akibat dari perbezaan masyarakat terbahagi kepada 3 kelompok utama iaitu golongan yang ditadbir berada dibawah sekali, golongan pertengahan dan diatas sekali golongan yang mentadbir. Perbezaan kasta ini wujud sejak zaman melayu Melaka dan masih wujud sehingga hari ini. Selain dari itu perbezaan dari segi ekonomi turut dipengaruhi daripada penyusunan kelompok ini. Bangsa melayu diletak dalam sektor pertanian di perkampungan, India di ladang-ladang dan kaum cina dalam ekonomi di bandar-bandar.

Kesan pengagihan ini menyebabkan ekonomi dan sosial masyarakat di kawal oleh individu tertentu dan pertubuhan tertentu. Golongan ini akan cuba untuk mengawal dan mengekalkan kedudukan mereka dengan apa cara pun. Mereka mengekalkan cara hidup masyarakat melalui bantuan para-para profesional yang berada dalam golongan pertengahan. Kursusnya mereka yang terlibat dalam bidang pembinaan.

Sebagai contoh dalam satu-satu projek pembinaan perumahan, akitek dan pemaju mesti menyediakan kawasan perumahan kos rendah sebanyak 10 peratus dari jumlah keseluruhan pembinaan. Rumah-rumah yang disediakan hanya sekadar memenuhi syarat majlis-majlis tempatan. Sebagaimana yang kita tahu keadaan perumahan ini hanya memenuhi keperluan asas sebuah kediaman. Dengan saiz binaan yang kecil , kos yang amat minimum perumahan ini yang mampu dimiliki oleh majoritinya adalah masyarakat kelas bawahan secara am nya melayu dan India. Selebihnya didirikan perumahan untuk individu yang berstatus dalam masyarakat.

Walaupun kajian telah dibuat menyatakan banyak kes-kes sosial berlaku akibat daripada tekanan yang diperolehi dari perumahan jenis ini, tetapi tiada tindakan dibuat oleh golongan pentadbir untuk mengawal dan mengatasinya. Kalau dulu perumahan jenis ini diberi diatas tanah setiap unit tetapi sekarang banyak rumah kos rendah dibina atas hak strata. Menyebabkan kehidupan masyarakat semakin sesak dan padat.

Kesimpulannya, sebagai individu dalam satu kelompok masyarakat yang besar tiada apa yang dapat diubah melainkan individu itu merupakan aset dalam masyarakat dan ini memungkinkan beliau dapat menyuarakan sesuatu kepada umum dan orang atasan.