Selepas kejatuhan Portugis membawa kedatangan Inggeris dan seterusnya kedantangan Jepun pada tahun 1942.
Sesudah 51 tahun mengecapi kemerdekaan dari British, kita masih lagi dihantui dengan isu-isu perkauman ini dan ketika ini, setiap usaha dan cadangan untuk menyatukan kita semua dibawah satu payung bangsa akan berdepan tentangan dari golongan-golongan tertentu yang ingin mempertahankan kedudukan mereka baik dari segi ekonomi mahupun politik.
Selepas setengah abad merdeka, kita juga masih lagi memandang perbezaan antara kita sebagai satu sebab untuk kita tidak mengambil tahu dan mengenali antara satu sama lain. Kita lebih senang bergaul dan bersosial dengan rakan-rakan yang serumpun dengan kita dan dalam pada masa yang sama kita bersikap apathy (tidak mengambil tahu) tentang isu-isu yang dihadapi oleh warganegara yang tidak sebangsa dengan kita - termasuklah penulis sendiri. Seringkali berlaku sesuatu perkara, seperti senario ini, ketika memandu di jalan raya, sesuatu perkara yang kita tidak suka berlaku, katalah sebuah kereta tiba-tiba sebuah kereta memotong dengan kurang ajarnya di hadapan kita, dan perkara pertama yang kita buat ialah melihat perbezaan antara kita dan dia. "Owh, Cina..patutlah...". ataupun sebuah kereta memandu secara perlahan di hadapan kita selepas kita memotongnya, "Patutla slow, perempuan drive". Kita begitu cepat untuk membuat keputusan dengan melihat kepada perbezaan-perbezaan ini. Ini adalah realiti dan kita semua pasti pernah melalui dan mengalami senario ini. Kita jarang untuk melihat sesuatu perkara itu dari perspektif yang lebih luas.
Perbezaan sosial-ekonomi ini ditambah lagi dengan cara rekabentuk dan susunatur pembinaan dan pembangunan. Perbezaan sosiol-ekonomi ini berlaku akibat para-para jurubina yang kurang mengambil kira isu-isu semasa. Disamping undang-undang bangunan yang dipakai masih bersifat kolonial penjajah.
Akibat dari perbezaan masyarakat terbahagi kepada 3 kelompok utama iaitu golongan yang ditadbir berada dibawah sekali, golongan pertengahan dan diatas sekali golongan yang mentadbir. Perbezaan kasta ini wujud sejak zaman melayu Melaka dan masih wujud sehingga hari ini. Selain dari itu perbezaan dari segi ekonomi turut dipengaruhi daripada penyusunan kelompok ini. Bangsa melayu diletak dalam sektor pertanian di perkampungan,
Kesan pengagihan ini menyebabkan ekonomi dan sosial masyarakat di kawal oleh individu tertentu dan pertubuhan tertentu. Golongan ini akan
Sebagai contoh dalam satu-satu projek pembinaan perumahan, akitek dan pemaju mesti menyediakan kawasan perumahan kos rendah sebanyak 10 peratus dari jumlah keseluruhan pembinaan. Rumah-rumah yang disediakan hanya sekadar memenuhi syarat majlis-majlis tempatan. Sebagaimana yang kita tahu keadaan perumahan ini hanya memenuhi keperluan asas sebuah kediaman. Dengan saiz binaan yang kecil , kos yang amat minimum perumahan ini yang mampu dimiliki oleh majoritinya adalah masyarakat kelas bawahan secara am nya melayu dan
Walaupun kajian telah dibuat menyatakan banyak kes-kes sosial berlaku akibat daripada tekanan yang diperolehi dari perumahan jenis ini, tetapi tiada tindakan dibuat oleh golongan pentadbir untuk mengawal dan mengatasinya. Kalau dulu perumahan jenis ini diberi diatas tanah setiap unit tetapi sekarang banyak rumah kos rendah dibina atas hak strata. Menyebabkan kehidupan masyarakat semakin sesak dan padat.
Kesimpulannya, sebagai individu dalam satu kelompok masyarakat yang besar tiada apa yang dapat diubah melainkan individu itu merupakan aset dalam masyarakat dan ini memungkinkan beliau dapat menyuarakan sesuatu kepada umum dan orang atasan.

No comments:
Post a Comment